Kempen Sepuluh Hari Revolusi Belgium

Kejayaan tentera Belanda di Pertempuran Leuven pada 21 Ogos

Raja Willem tidak berpuas hati atas Persidangan London dan tidak mengakui kemerdekaan Belgium. Dari 2 hingga 12 Ogos 1831, tentera Belanda yang diketuai putera Belanda melancarkan serangan ke atas Belgium dan dipanggil "Kempen Sepuluh Hari". Mereka berjaya mengalahkan tentera Belgium berdekatan Hasselt dan Leuven. Tentera Belanda menghentikan kemaraan mereka apabila tentera Perancis di bawah Marshal Gérard tiba di Belgium. Walaupun pada awalnya Belanda menolak rundingan yang ditawarkan oleh Perancis, akhirnya Belanda menerima gencatan senjata. Walau bagaimanapun, Belanda tetap mengawal benteng Antwerp walaupun dihujani tentera Perancis sehinggalah tentera Belanda berundur pada Disember 1832. Willem I diminta untuk mengakui negeri Belgium namun sehinggalah pada April 1839, beliau menandatangani Perjanjian London dan bersetuju mengenai pembentukan sempadan Belgium. Sempadan tidak termasuk Limburg dan Luxembourg.